Tuesday, January 4, 2011

DAPAT

Macam ni cerita die. Mula-mula hanya Ana Ahmad (awek aku) je yang dapat untuk ke MYTV3 Day Out di Sunway Lagoon tetapi disebabkan aku dan Iejam Hosen (kawan aku) kecewa tak dapat pergi, maka kiteorang pun mintakla tolong awek aku untuk telefonkan hotline mytv3 dan bertanyakan jika masih ada kekosongan atau tidak.

Selepas beberapa minit, awek aku letak telefon dan ketewa (buang tabiat ke ap? hahahaha... jangan marah) sebab die suka sangat yang kiteorang dapat pergi sekali. Alhamdulillah, DAPAT jugak kiteorang pergi. Yang paling penting kena ingat ye dari sebelum pergi sampailah impian die termakbul, ini je ayat yang aku dengan awek aku ayik dengar,'nak naik bungee jumping dowh'.

 *beratur untuk ambil tag & kupon*

*Ana Ahmad & Iejam Hosen*

Banyak jugak aktiviti yang MYTV3 sediakan termasuklah aktiviti 'on the spot'. Kiteorang agak seronok jugaklah sebab dapat main air (air kolam ye jangan fikir lain) terutama sekali awek aku. Beriya-iya nak belajar beranang tapi tak lepas-lepas.Yang lagi seronok sangat sebab impian tercapai, siap dapat sijil lagi. Tahniah Iejam.

*Wan Husaini & Ana Ahmad*

 *Beliau berjaya mencapai impiannya(bungee jump)*

*Love You So Strong*

Selepas habis semua kiteorang bercadang untuk balik dan kiteorang dapat hadiah. Hadiahnya merupakan kiteorang dapat pulang dengan kulit hitam terbakar (lupa pakai sun block,abis kulit terbakar). ' Seriously' kiteorang letih dan juga enjoy, papepun terima kasih kepada MYTV3 kerana menerima kami.

Terima Kasih.

No comments: