Friday, January 14, 2011

SUPPOSELY

Sorry guys ! SUPPOSELY ada tutorial untuk yang ni tapi lupa pulak nak buat.. Next time aku cuba buat ok. sorry ye.

*SEBELUM*





















*SELEPAS*


Terima Kasih.

Thursday, January 13, 2011

MUAK !

Haih ! ! ! Aku MUAK la tengok muka die. Kalau bagus takpelah jugak, ni hampeh. Die ingat die bagus sangat ke? Aku cukup angin je dengan budak ni. Siapla die nanti, kalau aku jumpa kat luar mampos aku kejekan die. Aku confirmlah kalau korang tengk muka die mesti korang pun rase nak pukul jugak. Haish ! Korang nak tahu tak sape budak poyo ni? Kalau dah tahu nanti diam-diam taw, ni ada gambar yang aku curi-curi amik.


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*






Eh, aku ke budak tu? Hahahahaha. Saje je nak trick korang, jangan marah ye. hehehehehe. Hope korang enjoy tengok gambar budak poyo ni. Owh, sebelum aku terlupa, gambar ni awek aku yang edit ye sebab tu aku tak letak nama blog kat gambar ni.

Terima Kasih.

PENING

Haih ! Tak tahu la. Mana satu yang ok ek? Korang rase yang mane ok? yang kat bawah ni ke yang sekarang aku pakai? PENING aku...

*Awek aku kate ok cuma font kena besarkan* 

*Yang ni macam sperm berkeliaran la pulak*

Cuba korang bagi pandangan korang plak atau nanti aku cuba buat lagi yang lain. Okla.

Terima Kasih.

MACAM-MACAM

Dah la tarikh lahir sama, ada pulak orang cakap muka kiteorang hampir sama and ada jugak yang cakap kiteorang macam adik beradik. Walaupun kadang-kadang nampak macam kiteorang ni selalu gaduh tapi sebenarnya benda tu untuk perbaiki hubungan kami. Biasala dalam sesuatu perhubungan mesti ada asam garamnya kan sama jugak macam kiteorang.

*Ana Ahmad & Wan Husaini*

MACAM-MACAM dah kiteorang lalui bersama and dah banyak pengalaman yang membuatkan kiteorang lebih matang. 2011 dah masuk 2 tahun kiteorang bersama and insyALLAH kiteorang akan cuba maintainkan perhubungan kiteorang. InsyALLAH atas keizinan ALLAH.

Terima Kasih.

Friday, January 7, 2011

BERMUKA-MUKA

Hei guys !  Pernah tak korang bermuka-muka dengan kawan-kawan korang sendiri? Mesti pernahkan,janganlah cakap tak pernah. Menipu je kalau korang kata tak pernah. Kalau boleh janganlah korang bermuka-muka, tak bagus untuk kesihatan korang. Tapi kali ni aku nak tanya, korang pernah tak jumpa kucing yang BERMUKA-MUKA? Ni yang nak kongsi dengan korang semua. Aku jumpa sekor kucing ni, memang lainlah dari kucing yang pernah aku jumpa sebelum ni. Zaman sekarang kucing pun dah pandai bermuka-muka. Nak tengok tak kucing rupa kucing tu?


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*



Sebelum ni pernah tak korang dengar pasal 'photo manipulation'? Mesti pernahkan, so aku just nak tunjuk salah satu 'photo manipulation' yang aku buat. Yang ni cuma untuk 'beginner' level. Lepas-lepas ni nanti aku try buat tutorial sikit sebab aku pun tak pandai mana tapi aku try tunjuk yang mana aku tahu je ok. So ni lah kucing yang bermuka-muka yang aku cakapkan tadi. Pelik kan? Cubalah cari nanti ye.

Terima Kasih.

Wednesday, January 5, 2011

TERINGAT

Tadi masa aku dalam kelas secara tiba-tiba aku TERINGAT zaman persekolahan dulu. Bila difikirkan balik, banyak jugak kenangan yang dah aku lalui sepanjang aku digelar pelajar. Dari aku tak tahu apa-apa sampailah aku dah boleh membaca,belajar dan mungking serba sedikit boleh mengajar. Aku ni tak sehebat orang yang lebih pandai dari aku tapi mungkin apa yang aku boleh tahu aku boleh kongsi.

*kawasan luaran sekolah SMK Telok Mas (gambar hiasan)*

Macam tu lah aku masa zaman pesekolahan dan mecam tu jugaklah aku sekarang. ALLAH pinjamkan ilmu ni semua untuk semua hambanya, jadi tak adil jika ada diantara golongan hambanya yang cuba simpan ilmu yang mereka tahu untuk kepentingan diri. Haih ! Manusia zaman sekarang dah berubah, ada yang tahu sesuatu ilmu tapi tak ingin berkongsi, atas alasan takut ada yang mampu mengatasi dirinya atau dengan erti kata lain mereka tak boleh tengok orang lebih pandai dari die. Kepada mereka yang macam tu ingatlah ilmu yang anda ada sekarang milik ALLAH.

Tapi lain pulak ceritanya jika ada yang malu untuk bertanya. Mereka yang malu bertanya ni ada banyak jenis, malu betul dan malu sombong. Malu yang betul ni memang mereka ni terdiri daripada golongan pemalu tapi yang malu sombong ni mereka yang tak tahu tapi disebabkan malu nak bertanya dan takut dianggap lemah jadi die pun buat-buatlah tahu. Dalam bahasa lembutnya 'bodoh sombong'. Kepada mereka yang bersikap macmni pulak, ingat ilmu tu penting. Tak guna kalau kita tak tahu tapi buat-buat tahu. Umpama memperbodohkan diri sendiri. Harap semua ni jadi peringatan untuk korang semua dan jugak untuk diri aku sendiri.

Terima Kasih.

Tuesday, January 4, 2011

KEMBALI

Whoa ! ! ! Harini dah masuk hari kedua. Setelah sekian lama,akhirnya mereka kembali juga. Bestnya ! ! Mesti semua berpakaian serba baru kan? Macam mana harini, best x? Dalam kita suaka duka dengan semua yang serba baru jangan kita lupa ye pada mereka yang dalam kesusahan. Mungkin ada yang datang dengan semua yang baru-baru tapi ada juga yang tidak. Ingat ye adik-adik, jangan cuba-cuba untuk pinggirkan mereka yang susah ini. Mereka semua sama jugak manusia macam adik-adik yang lain cuma mereka di uji oleh ALLAH dengan ujian yang sebegini.



Walau apa pun, adik-adik ku sekalian SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH ye ! ! ! Belajar rajin-rajin, dengar arahan cikgu, kerja sekolah jangan tak buat dan yang paling penting jangan ponteng sekolah. Jangan lupa kita ke sekolah untuk belajar dan kita belajar dengan tanggungan daripada kedua ibu bapa kita. Mereka akan terus bantu kita untuk adik-adik berjaya jadi berusahalah untuk capai cita-cita dan balas budi baik mereka.

Terima Kasih.

DAPAT

Macam ni cerita die. Mula-mula hanya Ana Ahmad (awek aku) je yang dapat untuk ke MYTV3 Day Out di Sunway Lagoon tetapi disebabkan aku dan Iejam Hosen (kawan aku) kecewa tak dapat pergi, maka kiteorang pun mintakla tolong awek aku untuk telefonkan hotline mytv3 dan bertanyakan jika masih ada kekosongan atau tidak.

Selepas beberapa minit, awek aku letak telefon dan ketewa (buang tabiat ke ap? hahahaha... jangan marah) sebab die suka sangat yang kiteorang dapat pergi sekali. Alhamdulillah, DAPAT jugak kiteorang pergi. Yang paling penting kena ingat ye dari sebelum pergi sampailah impian die termakbul, ini je ayat yang aku dengan awek aku ayik dengar,'nak naik bungee jumping dowh'.

 *beratur untuk ambil tag & kupon*

*Ana Ahmad & Iejam Hosen*

Banyak jugak aktiviti yang MYTV3 sediakan termasuklah aktiviti 'on the spot'. Kiteorang agak seronok jugaklah sebab dapat main air (air kolam ye jangan fikir lain) terutama sekali awek aku. Beriya-iya nak belajar beranang tapi tak lepas-lepas.Yang lagi seronok sangat sebab impian tercapai, siap dapat sijil lagi. Tahniah Iejam.

*Wan Husaini & Ana Ahmad*

 *Beliau berjaya mencapai impiannya(bungee jump)*

*Love You So Strong*

Selepas habis semua kiteorang bercadang untuk balik dan kiteorang dapat hadiah. Hadiahnya merupakan kiteorang dapat pulang dengan kulit hitam terbakar (lupa pakai sun block,abis kulit terbakar). ' Seriously' kiteorang letih dan juga enjoy, papepun terima kasih kepada MYTV3 kerana menerima kami.

Terima Kasih.

Sunday, January 2, 2011

BARU

Sekarang dah pun masuk 2011. Setiap permintaan dan impian korang dah tercapai ke belum masa 2010? Kalau belum, bersabarlah ye wahai kalian semua sebab kita cuma mampu merancang tapi ALLAH yang menentukan. Pernah tak korang lalui macam ni sebelum ni? Korang nak 'something' tapi tak dapat ataupun korang dapat lambat? Bila korang nak sesuatu, korang tak semestinya akan dapat 'on the spot', betul tak? Kadang-kadang memang korang boleh dapat terus tapi kadang kala hampir bertahun-tahun jugak korang kena tunggu untuk dapatkan apa yang korang nak. Jadi jangan risau pada mereka yang masih belum capai apa yang di hajatkan, cuba berusaha untuk dapatkan dalam tahun ni ye.



Papepun aku nak ucapkan selamat tahun baru kepada semua rakyat di Malaysia dan juga di luar kawasan Malaysia. Semoga korang dapat capai apa yang di impikan dan sebelum aku terlupa, untuk tahun baru ni rasa macam nak buat blog baru so inilah blog BARU aku. Kalau senang-senang jemput singgah minum kopi atau makan kuih sambil baca blog aku..

Terima Kasih.